Istilah gerakan anatomi

Pergerakan diterangkan dengan istilah anatomi tertentu. Gerakan merangkumi pergerakan organ, sendi, anggota badan dan bahagian badan lain. Terminologi yang digunakan menerangkan gerakan ini mengikut arahnya berbanding dengan kedudukan anatomi bahagian badan yang terlibat. Ahli anatomi dan yang lain menggunakan set istilah bersatu untuk menerangkan kebanyakan pergerakan, walaupun istilah lain yang lebih khusus diperlukan untuk menerangkan pergerakan anggota badan seperti pergerangan tangan, kaki dan mata.Secara amnya, gerakan dikelaskan mengikut satah anatomi ia berlaku. Fleksi dan ekstensi adalah contoh gerakan berdasarkan sudut, di mana dua paksi sendi dirapatkan atau dialihkan lebih jauh masing-masing. Pergerakan putaran mungkin berlaku pada sendi lain, contohnya di bahu, dan digambarkan sebagai dalaman atau luaran. Istilah lain, seperti dongakan dan tunduk bagi menerangkan pergerakan atas bawah di satah mendatar. Banyak istilah anatomi berasal dari istilah Latin dengan makna yang sama.

Rujukan

WikiPedia: Istilah gerakan anatomi http://cnx.org/content/col11496/latest/ //upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5... //upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/8... //upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/9/9... //www.worldcat.org/oclc/57465440 https://archive.org/details/anatomyphysiolog0000se... https://archive.org/details/oxfordenglishdic15simp https://archive.org/details/taberscyclopedic19vene https://archive.org/details/textbookofphysic06edsw... https://www.worldcat.org/oclc/57465440